Skip to main content

H1N1 belum reda : Kanak-Kanak Bawah Umur 5 Tahun Kes Terbaru H1N1

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun dilaporkan menjadi mangsa terbaru Influenza A(H1N1) dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 30 Jan lepas, jumlah terkumpul kes positif Influenza A(H1N1) adalah sebanyak 12,389 kes dan tiada kematian baru kes H1N1 dengan jumlah terkumpul kekal 77 kematian sehingga kini.

Secara keseluruhannya, beliau berkata seramai 357 pesakit baru dengan simptom Penyakit Seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara manakala 337 kes pula telah discaj keluar dalam tempoh seminggu yang lepas iaitu dari tarikh 24 hingga 30 Jan.

"Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 345 kes di 42 buah hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Rabu.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, hanya empat pesakit atau 1.2 peratus merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Dalam pada itu, Dr Mohd Ismail berkata terdapat tiga kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu lalu di tiga buah sekolah berasingan iaitu di Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah, Kuala Lipis, Pahang yang melibatkan tiga orang pelajar.

Sekolah lain ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang membabitkan tujuh orang pelajar dan 17 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Darul Iman, Tok Jiring, Terengganu.

"Dua daripada tiga kejadian kluster tersebut adalah positif untuk Influenza A(H1N1)," katanya.

Beliau berkata penularan jangkitan Influenza A(H1N1) masih lagi aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur serta Utara Afrika.

"Sehingga 24 Jan, jumlah kematian akibat jangkitan Influenza A(H1N1) di seluruh dunia adalah melebihi 14,711 kes iaitu meningkat empat peratus berbanding dengan minggu sebelumnya," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pelatih dan juga pihak berkuasa di kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) serta pelajar di semua institusi seluruh negara agar berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1. -- BERNAMA

Comments

  1. kesedaran terutama di kalangan ibubapa itu amat penting. kanak2 memang berisik tinggi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E