Skip to main content

Fathini semakin pulih


Abd. Rahim Abd. Ghani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Nur Fathini Roslan sambil diperhatikan oleh Pengarah Mara negeri, Abdullah Muhammad Ikiri sekali) dan bapanya Roslan Mohd. Said (kanan sekali) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


KUALA PILAH 26 Ogos - Keadaan Nur Fathini Roslan, 14, yang merana akibat penyakit radang usus kini bertambah baik setelah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Pelajar tingkatan dua, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Jempol itu yang sebelum ini kelihatan pucat, tidak bermaya dan sering sakit perut kini semakin ceria dan cergas selepas menerima dua daripada lapan suntikan yang diperlukan bagi melawan penyakit berkenaan.

Fathini yang ditemui di rumahnya di Taman Perumahan PDRM, Jalan Melang di sini berkata, dia bersyukur kerana taraf kesihatannya bertambah baik sejak menerima suntikan itu.

''Kini serangan sakit perut pun sudah berkurangan selain keadaan tubuh badan saya juga bertambah cergas dan sihat. Saya juga mampu berpuasa dengan sempurna.

''Bagi saya, dengan keadaan kesihatan yang bertambah baik, saya bersyukur dapat memberikan fokus yang lebih kepada pelajaran,'' katanya di sini semalam.

Fathini menyasarkan untuk memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan didudukinya tahun depan.

Kisah pelajar cemerlang yang menderita akibat penyakit Chron serta memerlukan bantuan kewangan bagi mendapatkan rawatan telah mendapat perhatian pelbagai pihak setelah laporan mengenainya tersiar dalam sisipan Mega Utusan Malaysia 13 Julai lalu.

Fathini dilaporkan menderita akibat penyakit tersebut sejak berusia 11 tahun lagi yang menyebabkan dia menderita sakit perut secara berterusan.

Penyakit itu menyebabkan Fathini terpaksa bergantung kepada pengambilan steroid bagi menghilangkan rasa sakit yang dialami selain membantu menambah selera makannya.

Bagaimanapun, kesan pengambilan steroid menyebabkan tulangnya semakin reput dan mukanya ditumbuhi bulu, selain rambutnya gugur.

Sementara itu, kelmarin, Fathini dikejutkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Mara, Abd Rahim Abd. Ghani yang mengunjunginya di rumah sambil menghulurkan sumbangan sebanyak RM4,007.

''Sumbangan ini merupakan kutipan ikhlas di kalangan petugas Mara yang sama-sama prihatin dengan penderitaan yang dialami oleh Fathini,'' katanya.

Selain sumbangan itu, Abd. Rahim turut menyampaikan sumbangan pihak sekolah MRSM, Serting, berjumlah RM3,000 yang dikutip melalui program Muafakat yang diadakan sebelum ini.

Dalam pada itu ibu Fathini, Mariam Abdullah berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang membantu meringankan penderitaan anaknya.

''Keadaan Fathini menunjukkan perkembangan positif terutama dalam aspek pemakanan apabila kandungan makanan yang diterima kini boleh dihadam secara normal, tidak seperti sebelumnya yang terus disalurkan ke sistem pembuangan.

''Itu akan menyebabkan Fathini tidak bermaya, letih dan kurang cergas. Hari ini Fathini sudah boleh tersenyum ceria. Kini dia menunggu untuk melakukan rawatan suntikan pada 1 September ini,'' katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...