Sunday, August 23, 2009

H1N1: Tiada kematian untuk hari ketiga

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dalam tempoh tiga hari berturut-turut dan angka korban kekal pada 68 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata tiada kematian baru disahkan akibat pandemik itu sehingga laporan situasi semasa pandemik H1N1 dikeluarkan hari ini.

Dr Mohd Ismail, berkata seramai 1,476 orang yang menghidap gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) ILI sedang menerima rawatan di 102 hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 272 pesakit (18 peratus) yang disahkan positif H1N1.

"Daripada 272 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes adalah kemasukan baru sementara tiga kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment