Wednesday, August 26, 2009

H1N1: Dialog menteri, doktor swasta esok

KUALA LUMPUR: Dialog antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1).

"Dialog berkenaan dijadual diadakan pada jam 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya," katanya dalam kenyataan hari ini. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment