Skip to main content

Perlu RM30,000 tanggung rawatan anak jantung berlubang

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Melihat pada ibu muda ini, tiada siapa yang akan tahu bahawa dia sebenarnya sedang menanggung derita mengenangkan nasib masa depan anaknya.

Haryati Ahmad Fauzi, 32, pilu apabila diminta menceritakan keadaan anaknya, Mohamad Ayub Mansur, 7, yang menghidap penyakit jantung sejak lahir.

Anaknya semakin hari semakin lemah dan tidak aktif seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya memandangkan injap kiri jantungnya mengalami kebocoran tahun lalu.

Tambahnya, oleh kerana sering kurang sihat, anaknya hanya ke sekolah dua hingga tiga hari seminggu.

"Saya terlalu bimbang tentang tahap keselamatannya saban hari namun tiada apa yang boleh saya buat dan hanya berdoa agar dia sembuh segera.

"Saya teringin menyambut Ramadan dan Syawal bersama-sama keluarga seperti keluarga lain namun setiap kali mengenangkannya saya berasa pilu," jelasnya di sini baru-baru ini.

Ujar Haryati, anaknya memerlukan sebanyak RM30,000 untuk menjalani pembedahan jantung namun sehingga kini jumlah wang belum mencukupi.

Tambahnya, dia hanya bergantung harap kepada suami, Mansur Embong, 39, yang bekerja sebagai jurujual alat ganti di sebuah syarikat swasta.

"Suami saya hanya berpendapatan RM700 sebulan. Setiap enam bulan, saya terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membawa anak mendapatkan rawatan dan setiap kali rawatan memerlukan RM500 .

"Bagi menjimatkan kos, saya minta hospital membuat rawatan sekali setahun namun saya amat bimbang tentang kesihatan anak saya,'' katanya selepas menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar, Toh Chin Yaw di Masjid Zainal Abidin di sini baru-baru ini.

Beliau berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan bantuan. Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Haryati di talian 013-9304 520. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...