Skip to main content

Kemahiran petugas kesihatan perlu dipertingkat

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Latihan kemahiran dan pengetahuan pengurusan terkini mengenai pandemik selesema babi atau influenza A (H1N1) di kalangan petugas kesihatan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian wabak itu, perlu dipertingkatkan secara konsisten.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, tindakan itu amat perlu dilakukan oleh kerajaan sebagai persediaan menghadapi penularan H1N1 yang dijangka meledak sehingga empat kali ganda dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Petugas kesihatan yang berada di bahagian hadapan merawat pesakit terutamanya yang kronik dan berada di unit rawatan rapi, berisiko tinggi untuk dijangkiti sekiranya mereka tidak berwaspada dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“H1N1 merupakan satu wabak baru yang belum diketahui secara tepat ubatnya termasuk kaedah rawatan yang bersesuaian, jadi pendedahan dan latihan secara konsisten kepada petugas kesihatan amat penting,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa penularan H1N1 dijangka meledak sehingga empat kali ganda dalam masa beberapa bulan akan datang, sehingga mencapai tahap kemuncak.

Sehubungan itu, Pengarah Pasifik Barat WHO, Shin Young- soo menggesa setiap negara supaya meningkatkan persediaan bagi membendung wabak itu daripada berterusan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...