Skip to main content

Jawatankuasa pantau H1N1 digerakkan

MELAKA 25 Ogos – Kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas diwakili 21 agensi kerajaan dan swasta bagi memerangi penularan jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) dengan lebih berkesan ke peringkat akar umbi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kesihatan dan Pembangunan Keluarga negeri, Norpipah Abdol berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kempen Media dan Komunikasi Untuk Memerangi Penularan Jangkitan Influenza A (H1N1).

Katanya, objektif penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk merancang, memantau dan menilai segala strategi, pendekatan dan mekanisme penyaluran maklumat H1N1 kepada penduduk di negeri ini.

‘‘Di samping itu, Jabatan Kesihatan negeri akan memberikan ceramah mengenai H1N1 kepada setiap agensi terlibat dalam jawatankuasa dan mereka pula akan sampaikan kepada golongan sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Bilik Tun Mutahir di Seri Negeri di sini hari ini.

Antara 21 agensi terlibat dalam jawatankuasa tersebut ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kemas Jabatan Agama Islam Melaka, Pejabat Daerah, Syarikat Air Melaka Berhad, Syarikat Telekom Melaka Sentral dan beberapa hospital swasta di negeri ini.

Turut terlibat ialah Kelab Media Massa Melaka (Kemm) Melaka ICT Holdings, Jabatan Hal Ehwal Khas, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...