Skip to main content

Pusat khas kendali H1N1

SEREMBAN 26 Ogos – Kerajaan negeri akan mengadakan satu pusat khas mengendali kes berkaitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) untuk mengelak penularan wabak itu di kalangan penduduk negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan berkaitan perkara tersebut akan dibawa ke Kementerian Kesihatan bagi membolehkan ia dilaksanakan secepat mungkin.

‘‘Pusat seperti ini akan diadakan di satu tempat saja seperti di poliklinik atau klinik di daerah tersebut yang diketahui semua penduduk.

“Jadi orang ramai yang mempunyai simptom-simptom H1N1 tidak perlu ke sana sini untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit berkaitan dengan wabak H1N1 ini,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Tambah beliau, ketiadaan pusat khusus bagi orang ramai membuat pemeriksaan mahupun rawatan dipercayai mampu menyumbangkan kepada penularan wabak tersebut.

‘‘‘Seperti kita tahu klinik atau poliklinik menjadi tempat orang ramai mendapat pelbagai rawatan dan di situ juga turut diadakan pemeriksaan H1N1.

‘‘Kita khuatiri mereka juga berkemungkinan untuk dijangkiti wabak berkenaan jika mereka tidak mematuhi peraturan. Pusat ini diharapkan mampu mengekang penularan H1N1 itu.” kata beliau.

Tambah beliau, kerajaan negeri memandang serius penularan wabak tersebut yang setakat ini meragut lebih enam nyawa di negeri ini.

‘‘‘Kerajaan negeri amat sedih di atas enam kes kematian direkodkan di negeri ini akibat H1N1 dan akan melakukan pelbagai langkah bagi mengelaknya,” tambah beliau. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...