Skip to main content

Doktor Gigi palsu : Periksa klinik gigi - Tiong Lai



Liow Tiong Lai (tiga, kanan) cuba menguji ketulenan sarang burung layang-layang yang akan digunakan untuk produk kesihatan selepas melancarkan syarikat B-Nes Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir (dari kiri) Dr. Nadarajah Karuppiah, Lim Nyeong Fuat dan Dr. Chong Sin Hwa. - BERNAMA



KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican melakukan pemeriksaan ke atas semua klinik gigi swasta bagi memastikan doktor yang bertugas di situ berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC).



Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, mana-mana doktor yang tidak berdaftar dengan MDC hendaklah didakwa kerana memberi perkhidmatan tanpa tauliah walaupun mempunyai kelulusan sebagai doktor pergigian di bawah Akta Doktor Pergigian 1971.

''Doktor-doktor gigi 'palsu' ini boleh dikenakan denda RM10,000 hingga RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi lima tahun jika didapati bersalah.

''Kementerian melihat perkara ini dengan serius yang mana doktor gigi perlu berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia dan mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh memberi perkhidmatan kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa sebanyak 30 peratus doktor gigi yang menawarkan khidmat mereka di Lembah Klang secara haram tanpa tauliah dan berdaftar dengan MDC.

Laporan itu menyebut 95 doktor yang disiasat 28 daripadanya tiada dalam senarai terkini Majlis Pergigian Malaysia, 29 daripada 122 nama klinik gigi yang disiasat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan kebanyakan doktor gigi 'palsu' ini adalah warga asing yang diupah oleh pemilik 'klinik gigi haram'.

Tiong Lai ditemui selepas melancarkan B-Nes Sdn. Bhd. iaitu syarikat pengeluar sarang burung di Puchong, dekat sini hari ini.

Turut hadir Penasihat BnBio Birdnest Biotech, Dr. Nadarajah Karuppiah; Pengarah BnBio Birdnest Biotech, Lim Nyeong Fuat dan Pengarah BnBio Birdnest Biotech, Dr. Chong Sin Hwa.

Beliau memberitahu, Majlis Pergigian Malaysia mempunyai kepakaran dan pegawai yang mencukupi bagi memastikan tindakan segera diambil terhadap doktor gigi 'palsu' dan 'klinik gigi haram'.

Katanya, mengikut rekod Majlis Pergigian Malaysia terdapat 3,606 doktor gigi yang berdaftar di seluruh negara yang mana 48 peratus berkhidmat di klinik swasta dan 52 peratus lagi berkhidmat di klinik gigi kerajaan.

Tegasnya, doktor gigi warga asing yang berdaftar pula dilarang membuka klinik di negara ini tetapi boleh berkhidmat di klinik-klinik gigi swasta yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

''Sehubungan itu, saya meminta orang ramai agar membuat pemeriksaan di laman web Majlis Pergigian Malaysia untuk mendapat pengesahan sama ada klinik gigi atau doktor yang berkhidmat berdaftar dengan kerajaan," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...