Skip to main content

DHA untuk wanita hamil & bayi


Pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, DHA (asid docosahexaenoic) menjadi tajuk perbualan hangat dalam bidang pemakanan. Pengeluar makanan menunjukkan daya cipta mereka dengan memasukkan DHA ke dalam produk makanan agar pengguna memperolehi DHA yang diperlukan.

Kini DHA boleh didapati dalam kebanyakan susu formula bayi, telur (Omega-3), tairu, jus, makanan kesihatan dan lain-lain.

Setelah kesedaran tentang kepentingan DHA meningkat, maka lebih banyak perhatian ditumpukan terhadap persoalan sama ada ibu mengandung dan yang sedang menyusu (susu ibu) akan memperolehi manfaat daripada tambahan DHA dalam diet mereka.

DHA untuk ibu mengandung dan yang sedang menyusu susu ibu.

DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang, ianya boleh didapati dalam setiap sel dalam badan kita. DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak omega-3 dalam otak dan mata.

Bayi yang sedang membesar tidak mempunyai kecekapan untuk mengeluarkan DHA mereka sendiri dan ia mesti memperolehi nutrien penting ini melalui uri semasa kehamilan dan daripada susu ibu selepas lahir. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh janin bergantung kepada berapa banyak DHA yang dapat disalurkan daripada DHA ibunya. Sekiranya pengambilan DHA oleh ibunya itu sederhana atau rendah, maka paras DHA pada bayi juga akan turut menurun. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu, dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi yang telah lahir.

DHA daripada Sumber Diet

"Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHAnya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.

"Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.

"Daging organ, seperti hati.

"Sejumlah yang kecil didapati dalam kuning telur.

Nasihat memakan ikan dan amaran pemakanan daripada badan-badan pakar di USA.

American Heart Association, United States Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) semuanya telah mengeluarkan nasihat tentang pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methylmercury, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih.

Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa dalam rahim ibu.

Untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, FDA mengesyorkan ibu mengandung dan menyusu dan juga anak-anak kecil supaya memakan tidak lebih daripada 12 auns ikan yang dimasak setiap minggu serta memilih pelbagai jenis ikan daripada memakan hanya satu jenis sahaja. Mereka hendaklah mengelakkan diri daripada memakan ikan besar seperti ikan yu, todak, tile dan ikan tenggiri raja yang semuanya mengandungi methylmercury pada paras paling tinggi.

DHA daripada susu ibu berbanding DHA daripada minyak ikan.

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak tinggi dan sebaliknya mengandungi DHA hanya sekadar sederhana sahaja. Pada orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadam serta diserap. Tetapi, pada bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalam membran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf. Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik!

Penyulingan molekular

Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan.

Bagaimanapun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100% methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada kesan sensitif alat ujian yang diguna.

DHA daripada sumber sayuran (Alga) - Pilihan yang lebih selamat

Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga kini boleh didapati. Ia menyediakan pilihan lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu yang ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa cemas tentang toksin methylmercury atau kandungan EPA yang tinggi.

Martek Biosciences, dari USA, merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang berjaya mengeluarkan DHA daripada jenis-jenis alga yang dipatenkan dan ditanam secara besar-besaran dalam tangki penapaian yang ditempatkan jauh dari laut dengan menggunakan air yang ditapis - semuanya ini dikawal ketat di bawah syarat perkilangan GMP.

Dosej yang disyor

Pakar dari Institut Kebangsaan National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300 miligram DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk diambil semasa hamil dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan adalah disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan kesejahteraan emosi ibu selepas melahirkan anak.

DHA Bersalut Enteric

Suplemen DHA yang diperbuat daripada kapsul sayuran bersalut enteric juga mempunyai keistimewaan. Salutan enteric melindungi kapsul itu daripada tindakan asid dalam perut, oleh itu memastikan kapsul itu akan hancur di dalam usus, dan tidak di dalam perut. Penyerapan DHA adalah lebih baik apabila ia diserap dalam usus. Selain itu, tidak akan terdapat rasa hanyir apabila sendawa. Ini merupakan perkara penting bagi ibu mengandung kerana beliau mungkin berasa terlalu sensitif terhadap bau-bau tertentu.

Membeli suplemen

Untuk memilih suplemen DHA yang baik kualitinya bagi ibu mengandung dan menyusu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran (alga) kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin mahupun EPA yang selalunya terdapat dalam kebanyakan suplemen yang sumbernya daripada ikan.

l Artikel ini disumbangkan oleh Live-well. Untuk maklumat lanjut mengenai DHA daripada sayuran, sila hubungi Live-well INFOline 03-6140 7605 (Isnin-Jumaat: 9pg-5ptg) atau e-mail kepada livewell2u@pahangpharmacy.com.my - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E