Sunday, February 7, 2010

Kes demam denggi meningkat

SEREMBAN: Sebanyak 144 kes disyaki demam denggi, termasuk 12 kes denggi berdarah dikesan di negeri ini sepanjang bulan pertama tahun ini dengan 28 daripada mereka berumur bawah 19 tahun, termasuk kanak-kanak.



Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Zailan Adnan, berkata setakat ini tiada kematian berpunca daripada wabak itu dicatatkan.

Secara purata kes demam denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara dari minggu ke minggu menyebabkan usaha bagi membanteras pembiakan nyamuk Aedes perlu terus diperhebatkan oleh semua pihak. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment