Skip to main content

Produk "Flashing Candy" Merbahaya Kepada Kesihatan

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan meminta pengimport dan agen makanan untuk tidak mengimport produk "flashing candy" buatan China yang boleh membahayakan kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemantauan dijalankan bagi memastikan tiada produk itu di pasaran dan jika ada, pihak pengimport diminta menarik balik produk berkenaan di pasaran secara sukarela.

"Kementerian ingin memaklumkan bahawa sememangnya kementerian tidak membenarkan pengimportan dan penjualan sebarang produk makanan yang merbahaya kepada kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata produk itu dan yang mempunyai ciri-ciri sama dari China dan negara lain telah diletak pada Tahap Pemeriksaan Enam (tidak dibenarkan masuk) melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).

Sabtu lepas, sebuah akhbar di Singapura melaporkan Pihak Berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA) mengeluarkan surat amaran bertarikh 31 Dis 2009 kepada pengimport makanan dan mengarahkan penarikan produk terbabit.

Liow berkata AVA telah menarik daripada pasaran produk-produk "Kidsmania Pirate Flash Pop", "Kidsmania Flash Pop Mini", "Kidsmania Blink Pop" dan "Kidsmania Baby Flash Pop" yang dikeluarkan Syarikat Zhaoqing Kidstar Toys Manufactory Ltd, China.

Produk itu mempunyai mentol bercahaya (LED) yang disaluti kandi dan jika mentol itu pecah dan tertelan oleh mereka yang memakannya, boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang membahayakan kesihatan.

Liow berkata di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan-makanan seperti ini tidak dibenar dijual kepada orang ramai kerana mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang terlibat dalam pengimportan, penyimpanan, penyediaan, pengedaran dan penjualan produk yang membahayakan kesihatan, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Setakat ini, Liow berkata kementerian belum menerima sebarang aduan mengenai kecederaan disebabkan produk kandi itu dan menasihati pengguna agar tidak membeli produk berkenaan dan jika sudah dibeli hendaklah dipulangkan kepada pihak penjual.

Beliau berkata penjual boleh melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri terdekat jika produk itu terdapat di premis mereka ataupun dipulangkan oleh pengguna manakala maklumat lanjut boleh diperoleh di http://fsq.moh.gov.my. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E