Skip to main content

Sentral: Pusat kumpul besi buruk disyaki lokasi biak Aedes

Kawasan turut menjadi longgokan kenderaan lama, tayar

SERI KEMBANGAN: Sebuah pusat pengumpulan besi buruk di tepi Lebuh Raya Maju (MEX) dekat sini dikhuatiri menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes berikutan terlalu banyak barang dilonggokkan di situ.

Ini kerana tapak pengumpulan besi buruk itu juga didapati berdekatan sebuah taman perumahan di situ.

Tinjauan mendapati selain mengumpulkan besi buruk, kawasan itu juga dijadikan tempat pengumpulan kenderaan lama dan tayar buruk yang berupaya menakung air dan boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak.

Keadaannya yang terbuka di tepi lebuh raya berkenaan dan cerun bukit, menyebabkan kawasan berkenaan mudah dilihat pengguna termasuk pelancong luar negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan melalui jalan itu untuk ke ibu kota.

Sentral yang meninjau ke kawasan itu selepas menerima aduan penduduk dan pengguna juga mendapati kawasan berkenaan berdekatan laluan kabel elektrik bervoltan tinggi yang boleh mendatangkan bahaya kepada pekerja di situ.

Beberapa bas, van dan kereta usang juga kelihatan tersadai di situ, selain barangan lain termasuk rim kereta, tilam lama, barangan plastik dan beberapa kontena.

Pemandu teksi, Abdullah Razali, 48, berkata kawasan pelupusan besi buruk itu mencacatkan pemandangan kerana ia dapat dilihat dengan jelas setiap pengguna yang melalui lebuh raya itu.

"Sebagai laluan utama dan pintu masuk ke ibu kota, pemandangan sedemikian tidak seharusnya berlaku terutama kepada pelancong luar yang berkunjung ke negara ini," katanya yang setiap hari melalui lebuh raya itu untuk mengambil penumpang di KLIA.

Pengguna lebuh raya yang dikenali sebagai Kumar, 34, dari Kepong, berkata kawasan pelupusan besi buruk itu perlu dipindahkan kerana lokasinya tidak sesuai dan memberi imej buruk kepada masyarakat dan negara.
"Kawasan itu mungkin dibina sebelum wujudnya lebuh raya ini dan pemilik pusat pelupusan besi buruk itu perlu akur dengan keadaan pembangunan semasa," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...