GEORGETOWN - “Mak...Adik tak tahan, Adik sejuk”. Itulah ungkapan terakhir mangsa denggi adik beradik, Nik Zawiah Zahida,3, sebelum meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang 7 Februari lalu, selang sehari selepas kematian kakaknya, Nik Hazwani Hawa,4.
Ibu mangsa, Hayati Abd Wahab,30, ketika dikunjungi di rumahnya di sini semalam, tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak atas pemergian kedua-dua cahayamata dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Lebih memilukan, Nik Hazwani dan Nik Zawiah meninggal dunia di sisinya sewaktu dia berada dalam keadaan pantang baru melahirkan anak keempat.
Menurutnya, baru sehari pemergian kedua-dua anak mereka, Hayati sudah berasa rindu untuk melayan telatah kedua-dua anak perempuannya itu yang disifatkannya sangat rapat dan aktif.
Pada mulanya, si kakak (Nik Hazwani) menghadapi demam panas yang luar biasa pada pagi Rabu lalu dan suami saya terus membawanya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan lawatan. - Sinar Harian
Comments
Post a Comment