Skip to main content

Penularan wabak denggi makin serius

18 kematian dilaporkan dalam masa 5 minggu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengakui penularan wabak denggi dalam negara semakin serius apabila bilangan kematian akibat penyakit itu dalam tempoh lima minggu tahun ini mencecah 18 orang.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 1,103 kes denggi dilaporkan di seluruh negara berikutan keadaan cuaca pada masa kini yang tidak menentu.

“Saya tidak berpuas hati dengan perkembangan wabak berkenaan kerana banyak usaha sudah kementerian lakukan. Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican untuk memastikan wabak denggi ini diperangi secara habis-habisan.

“Kita juga akan memastikan lokasi ‘panas’ denggi yang dikenal pasti, dibasmi segera dalam tempoh dua minggu. Saya juga memberi peruntukan lebih kepada pasukan yang bertanggungjawab membasmi wabak denggi ini, termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Program Komunikasi Untuk Mengubah Tingkah Laku (Combi). Saya difahamkan terdapat 613 kumpulan Combi di kawasan perumahan seluruh negara,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Klinik 1Malaysia Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini, semalam, Liow juga mahu rakyat mengambil serius mengenai wabak itu kerana ia boleh mengancam nyawa mereka jika lewat mendapat rawatan.

Mengenai Klinik 1Malaysia, Liow berkata, sambutan terhadapnya amat menggalakkan kerana perkhidmatan yang ditawarkan mesra rakyat selain memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan asas dengan cepat.

Beliau berkata, tiada aduan diterima berhubung perkhidmatan itu yang ditawarkan di 50 Klinik 1Malaysia seluruh negara sejak dilancarkan bulan lalu.

“Kementerian mendapati purata kehadiran pesakit ke Klinik 1Malaysia dalam sehari adalah antara 80 hingga 150 orang dan jumlah kedatangan pesakit sehingga minggu pertama bulan ini ialah 103,072 orang,” katanya.

Mengenai perkembangan terkini Influenza A (H1N1), Liow berkata, walaupun pihaknya menerima 15 hingga 20 kes H1N1 dalam tempoh seminggu, pihaknya berjaya mengawal wabak itu selain vaksin untuk penyakit berkenaan sudah diagihkan kepada 87 klinik kerajaan seluruh negara baru-baru ini. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg

Is depression curable?

  Having depression can be tough. It’s easy to feel hopeless and wonder if you’ll feel this way forever . Wouldn’t it be great if it could just… go away? Sadly, it doesn’t really work that way—but that doesn’t mean you’ll always feel the way you do now. Treatment vs. cure When someone is cured from an illness, it means it’s gone forever. Some illnesses can’t be cured—like diabetes. Once a person gets diabetes, they’ll have it for the rest of their life. But even a lifelong illness like diabetes can be treated . People who take their medications regularly and make some lifestyle changes can live long and healthy lives. These medications and lifestyle changes are treatments for diabetes. Depression is the same way. There’s no cure for depression, but there are lots of effective treatments . People can recover from depression and live long and healthy lives. What now? Treatments for depression   include lifestyle changes, support groups , medications, and therapy . E