Skip to main content

MIC bantu 57 pesakit kronik

MUAR 9 Feb. - Seramai 57 pesakit kronik di kawasan Parlimen Bakri mendapat perhatian MIC yang membantu menyalurkan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan berkenaan. 

Ketua MIC Bahagian Bakri, M. Aridas berkata, bantuan wang tunai sebanyak RM500 setiap seorang itu disalurkan bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan.

Beliau berkata, antara penerima bantuan itu ialah pesakit buah pinggang, pesakit mata serta mereka yang cacat anggota badan.

"Kita telah bermula sejak November tahun lalu untuk pergi dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan.

"Menerusi Skim Bantuan Parlimen Bakri ini, MIC berharap akan dapat membantu setiap lapisan masyarakat dan tidak terhad kepada kaum India semata-mata," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, pengagihan bantuan kewangan JKM itu merupakan salah satu daripada inisiatif pihaknya dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Menerusi pengagihan pada awal tahun ini, 35 penerimanya adalah kaum India, 17 Melayu dan lima Cina," katanya.

Sementara itu, seorang penerima, C. Peeriakaruppan, 84, berterima kasih kepada MIC kerana membantu golongan yang tidak bernasib baik sepertinya.

"Sebelum ini pun, MIC telah banyak membantu dalam menguruskan pembedahan mata saya dan nampaknya, mereka tidak pernah berhenti mengambil berat," katanya yang bekerja sebagai penjual kacang. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...