Skip to main content

Peserta tak digalak bersentuhan

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my


RAIS dan isteri (kanan), berbual dengan peserta raptai Hari Kemerdekaan.

Langkah cegah wabak H1N1

KUALA LUMPUR: Peserta dan orang ramai yang menyertai atau menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-52 esok tidak digalak bersalam dan sentuh menyentuh secara keterlaluan sebagai langkah pencegahan bagi mengelak risiko dijangkiti Influenza A (H1N1).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata selain itu, sebagai langkah prihatin, murid sekolah tidak dibenar mengambil bahagian.

"Dalam situasi seperti ini kita menyusun strategi baru iaitu tidak membabitkan murid sekolah kerana ibu bapa khuatir kemungkinan H1N1 menjangkiti warga kita yang mengambil bahagian.

"Oleh yang demikian, kita menjarakkan mereka daripada pembabitan yang bersekutu dan tidak berdampingan orang lain secara fizikal dan kita tidak meng-galakkan bersalam atau sentuh menyentuh keterlaluan sebagai langkah pencegahan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-52 bertemakan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' di Dataran Parlimen, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) yang menyaksikan persembahan koir Bakti serta persembahan tarian Jalur Gemilang bertemakan 1Malaysia.

Selain itu, Rais berkata, sebanyak 25 van pengawas Jabatan Penerangan akan meninjau dan membuat rondaan dari bulatan Bank Negara menuju ke gerbang pintu masuk Parlimen bagi membantu peserta yang didapati kurang sihat.

Rais juga berkata, dalam suasana menyambut kemerdekaan secara sederhana dengan kawasan yang agak terhad memandangkan di kawasan Parlimen hanya boleh memuatkan 1,600 orang sementara di luar pula sekitar 7,000 orang, pihak-nya merancang menyediakan paparan besar di beberapa lokasi strategik sekiranya cuaca baik bagi memberi peluang kepada orang ramai sama-sama melihat perjalanan sambutan kemerdekaan di Dataran Parlimen.

Sementara itu, Rais berkata, sempena kemerdekaan ini, kementeriannya selepas ini akan mengadakan program 1Malaysia di Sabah dan Sarawak dengan permulaan pada 10 Oktober ini di Kuching yang mana ia akan lebih terbuka serta membabitkan lebih ramai orang. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...