Skip to main content

Kerajaan negeri tanggung kos pembedahan Ayub RM30,000


AYUB Mansur yang mengidap penyakit jantung berlubang di pangkuan ibunya, Haryati Fauzi sambil diperhatikan kakaknya, Nor Adibah dan ayahnya, Mansor Embong di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terenganu, semalam. - mingguan/azlan ibrahim

KUALA TERENGGANU 29 Ogos - Ramadan tahun ini amat bermakna bagi Haryati Ahmad Fauzi, 32, apabila kerajaan negeri sedia menanggung kos pembedahan jantung anaknya sebanyak RM30,000.

Lebih bermakna lagi, berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang mengunjungi Haryati di rumahnya di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga dekat sini, hari ini.

Menurut Haryati, anaknya, Mohamad Ayub Mansur, 7, menghidap penyakit jantung sejak lahir dan banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk merawatnya.

''Bagi kami sekeluarga, inilah merupakan Ramadan yang paling bermakna," luah ibu kepada dua orang anak itu kepada pemberita di sini hari ini.

Haryati berkata, dia tidak menyangka kesukarannya untuk menanggung kos rawatan anaknya itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Menteri Besar.

Katanya, dengan sumbangan yang diberikan itu, anaknya akan pulih dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

"Setiap kali melihat wajah Ayub yang lesu saya bimbang berlaku sesuatu kepadanya selain risau memikirkan persekolahannya yang sering ditinggalkan sehingga pihak sekolah memberi amaran untuk membuang Ayub.

"Namun tiada apa yang saya boleh lakukan kerana Ayub sentiasa tidak bermaya untuk ke sekolah ekoran sering lelah dan demam," katanya sambil memberitahu Ayub hanya ke sekolah dua atau tiga kali dalam seminggu.

Haryati berharap, selepas pembedahan tersebut Ayub akan sihat dan boleh menyambung persekolahannya semula.

Sementara itu, Ahmad Said ketika ditanya mengenai sumbangan itu berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Katanya, setelah selesai memperoleh semua maklumat tentang keadaan Ayub, pembedahan akan dijalankan segera dan kerajaan negeri akan menanggung semua kos pembedahannya.

''Kita juga akan minta ibu bapanya memaklumkan kepada pihak sekolah agar tidak membuang Ayub,'' katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...