Skip to main content

H1N1: Tingkat kebersihan diri, makanan

JERANTUT 30 Ogos - Peniaga bazar Ramadan diminta mempertingkatkan kebersihan diri dan makanan bagi menjamin kesihatan orang ramai terutama dalam membendung penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, setiap peniaga di bazar Ramadan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan.

''Para peniaga tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tahap kebersihan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan peniaga di bazar Ramadan boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan.

Beliau turut menegur peniaga bazar Ramadan yang menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal kerana mahu mengaut keuntungan berlebihan.

''Walaupun tempoh perniagaan mereka singkat iaitu sebulan, peniaga bazar Ramadan sepatutnya menjual makanan pada harga berpatutan," katanya.

Katanya, sebanyak 170 lot gerai sementara disediakan oleh Majlis Daerah Jerantut untuk peniaga menjual juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta peniaga bazar Ramadan memainkan peranan membantu kerajaan mempromosikan makanan dan kuih-muih tradisional dengan memperbanyakkan jualan juadah tersebut.

"Bulan Ramadan ini merupakan masa yang sesuai untuk menjual makanan tradisional.

''Bagi pelancong, inilah masanya untuk mereka merasai masakan Melayu tradisional yang memang enak terutama makanan berasaskan ikan air tawar dan ulam-ulaman," katanya.

Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut turut berharap pengusaha pusat pelancongan, hotel dan chalet di sekitar bandar ini dan Taman Negara Kuala Tahan turut mengutamakan makanan tradisional dalam menu seharian mereka.

"Peranan pengusaha berkenaan dapat membantu kerajaan memperkenalkan makanan tempatan kepada orang luar di samping menghidupkan kembali budaya Melayu yang kini berdepan dengan pengaruh makanan Barat," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...