Skip to main content

Johor: Tempat cuci tangan awam usaha cegah selesema babi

JOHOR BAHRU: Menyedari pentingnya kesedaran menjaga kebersihan sebagai langkah awal mencegah penularan Influenza A (H1N1), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyediakan sebuah Tempat Mencuci Tangan kepada orang awam serta kakitangan majlis berkenaan.

Kemudahan itu diletakkan di hadapan bangunan MBJB lepas yang dilengkapi empat mangkuk mencuci tangan yang dilengkapi sabun pencuci.

Pengarah Jabatan Kesihatan MBJB, Dr Abdul Rahim Tumin, berkata idea menyediakan tempat mencuci tangan itu timbul berikutan kesedaran tinggi di kalangan kakitangan majlis bagi menjaga kebersihan diri terutama mencegah penularan H1N1 yang membimbangkan.

Katanya, tempat mencuci tangan itu dibuat di Unit Bengkel hasil barangan terbuang yang kos pembinaan tidak terlalu mahal, malah memberikan manfaat besar kepada orang awam terutama yang berurusan dengan majlis.

Beliau berkata, ketika ini semua bahan termasuk sabun mencuci tangan disediakan pihak majlis dan beliau sedang memikirkan untuk mencari pihak tertentu termasuk swasta untuk membiayai kos penyediaan sabun mencuci tangan sambil mengiklankan produk mereka di tempat mencuci tangan berkenaan.

"Sehingga kini sambutan awam amat menggalakkan dan kaedah mencuci tangan yang betul juga turut kami ajarkan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Whip MBJB, Salmah Safar berpendapat usaha berkenaan patut dipuji kerana mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya mereka mengambil langkah menjaga kebersihan diri untuk mencegah penularan H1N1. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...