Skip to main content

2 pelajar rayu bantuan bedah tulang belakang

Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my


NAZATUL SIMA (kanan) melihat penyakit tulang belakang yang dialami Nurul Amiera pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kebajikan NSTP, di ibu negara, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Empat tahun lalu, Nazatul Sima Kamarudin, 16, pernah mewakili negeri dalam kejohanan olahraga dan silat namun berikutan masalah Adolescent Idiopathic Scoliosis atau bengkok tulang belakang, impiannya untuk bergelar atlit negara terpaksa dikuburkan.

Anak ketujuh daripada lapan bersaudara itu kini bukan sekadar kerap menanggung kesakitan, malah pernafasannya juga sering terganggu kerana lengkungan tulang belakangnya sudah mencecah 50 sentimeter (cm) dan boleh mencederakan organ dalaman jika tidak melakukan pembedahan memasukkan implan.

Begitupun, pendapatan bapanya, Kamarudin Emot, 54, yang hanya bekerja sebagai buruh tidak mampu untuk menampung kos pembedahan berjumlah RM18,000 sedangkan tarikh pembedahan sudah semakin hampir, iaitu 8 September ini.

"Walaupun mempunyai kakak dan abang, mereka sudah berkeluarga serta mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing, manakala tiga lagi masih belajar yang tentu saja di bawah tanggungan bapa saya menyebabkan kos untuk pembedahan masih belum dapat disediakan.

"Saya mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membolehkan pembedahan ini dapat dijalankan secepat mungkin memandangkan keadaan kesihatan saya kini semakin tidak menentu selain sering keluar masuk hospital," kata pelajar Sekolah Sri Perak itu.

Harapan sama turut dikongsi bapa kepada Nurul Amiera Abdul Karim, 12, yang memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkan anak sulungnya menjalani pembedahan membetulkan struktur tulang belakang selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Oktober ini.

Abdul Karim Ramli, 42, berkata selain dikesan mengalami masalah tulang belakang ketika masih bayi, Nurul Amiera juga mempunyai masalah lain termasuk menggunakan kaki palsu sejak berusia enam tahun dan terdapat bukaan pada ruang langit-langitnya.

"Walaupun keadaan kesihatannya tidak menentu, keputusan peperiksaan sejak Tahun Satu hingga kini amat memberangsangkan, apabila dia semakin membesar, perasaan malu dan rendah diri kelihatan menebal tambahan pula jika ada orang tidak dikenali bertanyakan keadaannya.

"Harapan saya selepas pembedahan nanti tubuhnya tidak lagi senget dan Nurul Amiera dapat menjalani kehidupan seperti rakan sekolahnya lain seperti menjalankan aktiviti riadah yang diidamkan serta lebih berkeyakinan," kata penyelia di sebuah kilang di Seremban itu.

Orang ramai yang ingin menderma boleh mengirim cek atau wang pos kepada Berita Harian di Tabung Kebajikan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama penerima di belakang cek. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...