Wednesday, September 2, 2009

H1N1: Tiada kematian, 87 pesakit baru dikesan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan tiada kematian terbaru dikesan akibat jangkitan influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sehingga jam 9 pagi tadi, 87 pesakit baru dengan tanda-tanda influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, katanya, 160 kes sudah didiscaj menjadikan baki pesakit ILI kepada 1,238 kes yang dirawat di 106 hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 264 pesakit atau 21.3 peratus disahkan positif H1N1.

Daripada 264 kes yang disahkan H1N1, 39 kes ditempatkan di ICU, di mana dua kes adalah kemasukan baru, sementara sembilan lagi kes sudah dikeluarkan dari ICU, katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang disiarkan di laman web Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 29 (74 peratus) mempunyai faktor risiko.

Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah berdasarkan penyakit kronik (11), obesiti (8), kanak-kanak/bayi (4), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (2) dan asma (2). - Berita Harian

No comments:

Post a Comment