Thursday, September 3, 2009

H1N1: Wanita 25 tahun mangsa korban ke-73

KUALA LUMPUR: Satu kematian baru jangkitan influenza A(H1N1) disahkan sehinggajam 9 pagi ini, membabitkan seorang wanita berumur 25 tahun dari Betong, Sarawak, yang meninggal dunia Selasa lalu.

Beliau adalah mangsa korban H1N1 negara ke-73.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sehingga pada tadi sejumlah 266 pesakit baru dengan gejala "influenza-like illness" (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 293 kes telah dibenar keluar.

"Ini menjadikan baki seramai 1,211 pesakit ILI sedang dirawat di 110 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit (18.9%) yang telah disahkan positif H1N1," katanya.

Beliua berkata, daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 5 kes adalah kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU.

Katanya, daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 31 (75.6%) mempunyai faktor risiko.

"Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (10), kanak-kanak/bayi (8), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (1) dan asma (3).

Untuk makluman, satu kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini," katanya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment