Skip to main content

Henti label pemakai topeng 'makhluk asing'

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my

Amalan patut jadi budaya sihat elak jangkitan wabak

PANDAMARAN: Sikap rakyat Malaysia yang memandang serong dan menganggap mereka yang memakai topeng muka sebagai 'makhluk asing' dan patut dijauhi menyebabkan pemakaian alat pencegahan itu kurang mendapat sambutan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mereka yang memakai topeng muka adalah orang paling sihat kerana terlindung dan mengamal langkah pencegahan dari dijangkiti Influenza A (H1N1).

Katanya, pemakaian topeng muka patut dijadikan budaya rakyat Malaysia ketika berlaku wabak atau berada di hospital sebagai langkah pencegahan dan mengelak dijangkiti.

"Di negara maju seperti di Jepun, memakai topeng muka menjadi budaya dan mereka bangga serta tidak malu kerana menunjukkan mereka orang yang sihat.

"Di Malaysia pula ia berbeza apabila orang yang memakai topeng muka dianggap seperti makhluk asing dan tidak boleh didekati padahal mereka paling sihat," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan topeng muka untuk sekolah di kawasan Parlimen Klang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran A di sini, semalam.

Sebanyak 200,000 topeng muka disumbangkan syarikat Multimaterial Trading Sdn Bhd untuk diagihkan ke 45 sekolah di seluruh Parlimen Klang.

Liow berkata, rakyat Malaysia perlu berhenti menganggap topeng muka sebagai pelik atau memalukan untuk dipakai kerana ia boleh menyelamatkan nyawa jika berada di kalangan pesakit H1N1.

Bagaimanapun, katanya kanak-kanak menghadapi masalah untuk memakai topeng muka kerana pengilang hanya mengeluarkan saiz untuk dewasa menyebabkan topeng muka yang dipakai kanak-kanak cepat rosak dan longgar.

Sehubungan itu, beliau meminta pengilang mengeluarkan topeng muka khas untuk kanak-kanak selain untuk orang dewasa supaya pemakaiannya lebih berkesan.

Liow berkata, langkah pencegahan perlu ditingkatkan kerana jumlah penghidap H1N1 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih tinggi iaitu 46 pesakit dan jumlah itu sangat membimbangkan.

Katanya, kempen alternatif seperti turun padang berjumpa rakyat pelbagai peringkat akan diperhebatkan sebagai kempen kesedaran selain kempen di media elektronik dan cetak. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...