Skip to main content

Melaka perkenal hotel kesihatan

MELAKA 29 Ogos - Melaka bakal mempunyai sebuah hotel dilengkapi kemudahan kesihatan iaitu Hotel Sukma (Sukan Malaysia) bersebelahan Stadium Hang Jebat dekat Krubong di sini.

Hotel berkonsepkan kesihatan yang pertama diperkenalkan di negara ini itu dianggarkan bernilai RM15 juta dan diuruskan oleh pihak pengurusan Hotel MITC Ancasa Hotel.

Pengerusi MITC Ancasa Hotel, Mohd. Hassan Ismail berkata, kerja-kerja pembinaan hotel itu kini mencapai peringkat 70 peratus dan dijangka siap pada Disember ini.

Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memilih nama Sukma bagi hotel itu kerana bersempena pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Sukma ke-13 tahun depan.

''Penubuhan hotel ini juga selaras dengan hasrat dan komitmen kerajaan negeri untuk mempopularkan Melaka sebagai negeri pelancongan kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas di perkarangan MITC Ancasa Hotel di sini malam semalam.

Seramai 80 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dan Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Tunggal serta kira-kira 40 orang warga emas dari Rumah Seri Kenangan, Cheng turut diraikan pada majlis tersebut.

Selain itu menurut Mohd. Hassan, hotel berkenaan yang mengandungi 66 buah bilik itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan seperti mesin kardiologi dan seorang doktor pakar yang dibawa khas dari Pusat Rawatan Kardialogi Jantung Kuala Lumpur.

''Hotel ini dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan kecuali untuk tujuan pembedahan, segala jenis penyakit termasuk rawatan kanser juga disediakan di hotel ini," katanya.

Menurutnya, sasaran pengunjung ke hotel itu ialah terdiri dari kalangan pelancong Singapura dan Indonesia yang berhasrat mendapatkan rawatan perubatan di Melaka.

''Pada awalnya, kita mewujudkan hotel ini bagi tujuan sukan Sukma ke-13 tahun depan namun sebagai rancangan jangka panjang, kita telah menjadikannya sebagai pusat rawatan kesihatan untuk golongan sasaran ini," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...