Skip to main content

Utara: Bacaan Yassin, solat hajat minta dihindari H1N1

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
bhnews@bharian.com.my

Usaha terakhir SMK Alor Janggus selain amalan kesihatan

ALOR SETAR: Seramai 1,177 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, dekat sini, mengadakan bacaan Yassin dan solat hajat memohon dihindari daripada penyakit selesema babi atau Inflluenza A (H1N1) di surau sekolah itu, baru-baru ini.

Penolong Kanan Pentadbiran, Narmi Othman, berkata bacaan Yassin dan doa yang dianjurkan oleh pelajar dan pihak sekolah itu adalah usaha terakhir warga sekolah memohon dilindungi daripada penyakit berbahaya itu.

Katanya, walaupun tiada kes jangkitan membabitkan pelajar di sekolah itu, pihak sekolah sentiasa memantau bagi memastikan tiada pelajarnya menghidap H1N1.

"Sebelum ini pihak sekolah turut menasihatkan pelajar supaya mementingkan kebersihan dan hanya membeli makanan di kantin dan tidak membawa makanan dari luar.

"Selain itu, pihak sekolah juga turut menasihatkan pelajar mengambil vitamin C dan minum air suam untuk menghindari penyakit berkenaan," katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, bagi meningkatkan penjagaan kesihatan pelajar, pihak sekolah menggalakkan pelajar menggunakan topeng muka yang dijual di koperasi sekolah dengan harga 70 sen seunit tanpa mengambil sebarang keuntungan.

Narmi berkata, pihaknya juga turut mendapat kerjasama dengan Klinik Kesihatan Alor Janggus berhubung perkembangan dan langkah pencegahan penyakit terbabit.

"Pihak klinik kesihatan juga mengadakan ceramah mengenai bahaya penyakit itu dan memberi makluman tanda-tanda dan cara menghindarinya,” katanya.

Majlis bacaan Yassin itu diketuai oleh Shahabudin Abu Bakar dan sembahyang hajat pula diketuai oleh Mohd Yaakob Abdul Talib. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...

Hidung berdarah

Oleh Hafizah Iszahanid Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik. Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. Pakar...