Skip to main content

H1N1: Tubuh jawatankuasa perumahan

KUALA KRAU 1 Sept. - Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said mencadangkan semua kawasan perumahan di sini menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menangani wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) supaya penularannya di kalangan penduduk dapat dikawal.

Menurut beliau, jawatankuasa bertindak itu perlu sentiasa berhubung dengan pihak hospital untuk memaklumkan mana-mana anggota masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan supaya pemeriksaan dapat dilakukan segera.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga dapat mempercepatkan langkah-langkah kawalan wabak itu daripada terus menular.

''Jawatankuasa bertindak itu akan dapat mengawasi gejala dan simptom H1N1 itu bagi mengelakkan tiada penduduk kawasan terbabit menghidap penyakit pembawa maut,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis bersama pemimpin masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka di Masjid Felda Jengka 21 dekat sini malam tadi.

Ismail menegaskan, orang ramai tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk melakukan pencegahan kerana keupayaan pihak berkuasa ada hadnya.

Selain itu, katanya, ibu bapa juga perlu proaktif menangani penularan wabak H1N1 dengan mempertingkatkan lagi langkah-langkah pencegahan dalam keluarga masing-masing.

Beliau berkata, salah satu aspek yang perlu diberi penekanan ialah kebersihan diri dan persekitaran rumah.

''Saranan ini dibuat berikutan sikap sebilangan besar masyarakat yang dilihat tidak serius menangani wabak H1N1 walaupun menyedari ia boleh membawa maut.

''Nasihat kerajaan supaya anggota masyarakat memakai penutup hidup dan mulut di tempat awam seolah-olah tidak dipedulikan.

''Sebagai contoh dalam bulan Ramadan ini ramai orang berpusu-pusu ke bazar Ramadan atau membeli-belah di pasar raya tetapi hanya sebilangan kecil memakai penutup hidung,'' katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Risiko ikat peranakan

KEADAAN mengikat peranakan (dari kiri) dilecuhkan, ikat, potong dan klip. Peluang wanita hamil semula amat tipis biarpun jalani prosedur buka semula salur fallopian dan IVF APAKAH pilihan yang ada sekiranya selepas mengikat salur peranakan secara Bilateral Tubal Ligation (BTL), anda mengubah fikiran untuk hamil semula? Pertama melakukan prosedur Reversal of Tubal Ligation (RTL) iaitu membuka semula tiub fallopian yang diikat atau teknik Permanian Berhadas yang lebih dikenali sebagai In-Vitro Fertilization (IVF). Apapun pilihan anda, dilemanya tetap ada. Pelbagai faktor harus diambil kira termasuk emosi, mental, fizikal, peratusan kejayaan kedua-dua teknik ini yang masih rendah selain kosnya yang agak tinggi. Isu berkaitan zuriat memang cukup menyentuh emosi kerana zuriat bukan saja mampu mengukuhkan ikatan perkahwinan malah berkemungkinan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Pusat Perubatan Darul Ehsa...

Yang Antah perlu bantuan rawat mata

Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bharian.com.my Yang Antah Afiqa bersama ibunya, Mislizam Dzulkifli. Bapa terpaksa jual kereta biayai perubatan KUALA LUMPUR: Seorang bapa merayu simpati orang ramai bagi membolehkan anaknya Yang Antah Afiqah, 5, yang menghidap masalah kornea mata sejak kecil menjalani rawatan segera agar dapat melihat dengan lebih jelas seperti kanak-kanak lain. Mohd Kamarulzaman Ismail, 48, berkata sejak anaknya itu dimasukkan ke hospital, beliau terpaksa menjual kereta jenis Nissan Sunny miliknya untuk digunakan bagi menanggung pembiayaan mengubati penyakit anaknya itu. “Penjualan kereta Nissan Sunny berjumlah lebih RM2,000 itu, digunakan sebagai pembiayaan pembedahan serta pembelian lensa mata kanan dan kiri selain menanggung perbelanjaan berulang-alik dari hospital supaya anaknya itu dapat menjalani rawatan susulan. “Saya juga turut berharap sumbangan dari kenalan yang turut bersimpati dengan nasib saya yang perlu menangg...

Cat Mesra Alam, Rendah Bau, Baik Untuk Kesihatan

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bagi mereka yang gemar menghidu bau dinding baru disapu cat, mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' ini ialah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat. Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru disapu cat, sebenarnya membawa risiko kepada kesihatan. Memang ada yang rasa teruja bila berada di dalam bilik yang baru menerima sapuan lapisan cat. Tetapi bagi yang lain termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat itu sendiri, boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas. Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan iritasi mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta ...