Saturday, September 5, 2009

RapidKL sedia pencuci kuman

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Mengambil berat terhadap penularan wabak selesema babi (H1N1), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) telah menyediakan pembersih tangan nyah kuman bagi pengguna di semua 48 stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata penyediaan kemudahan itu adalah sebahagian usaha RapidKL untuk mengekang wabak itu daripada merebak.

"Kira-kira 350,000 penumpang LRT di Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang kini boleh menggunakannya secara percuma, dan kemudahan ini disediakan di ruang khas di semua stesen LRT sehingga wabak H1N1 berjaya dikekang," katanya.

Sejak wabak itu menular, RapidKL telah melaksanakan penguatkuasaan pelan kesinambungan perniagaan untuk memastikan operasi tren dan bas tidak terjejas termasuk mewujudkan pasukan petugas dalaman khas untuk mengawasi status keseluruhan H1N1. - Utusan

No comments:

Post a Comment