Friday, September 4, 2009

68 kes H1N1 baru, angka kematian kekal 73 mangsa

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru yang disahkan akibat jangkitan Influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat penyakit itu kekal 73 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata 68 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital hari ini manakala 103 kes sudah dibenarkan pulang.

"Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 109 hospital di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut hanya 236 pesakit yang sudah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail juga berkata, sehingga kini vaksin bagi melindungi orang ramai daripada penyakit ini belum ada di pasaran kerana ia masih di peringkat ujian klinikal.

Beliau mengulangi nasihat supaya mana-mana individu yang merasakan diri mereka tidak sihat dan mempunyai gejala selesema ILI supaya berada di rumah dan elakkan diri daripada pergi ke tempat awam. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment